CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 30, 2009

Adakah kebebasan maklumat perlu dalam sistem demokrasi di Malaysia?

Perkembangan teknologi komunikasi yang berkembang dengan pantas dapat dilihat boleh membangunkan masyarakat secara keseluruhannya. Kepelbagaian teknologi komunikasi yang ada pada hari ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk manfaat bersama. Jadi untuk menelitinya, adakah kebebasan maklumat perlu dalam sistem demokrasi di Malaysia?
Teknologi maklumat boleh memberi kesenangan hidup kepada kita semua. Seseorang tidak perlu bersusah payah beratur dan tunggu lama untuk membuat sebarang urusan sebagai contohnya pembayaran bil. Pendek kata dunia ini dihujung jari anda. Secara realitinya boleh dikatakan dunia ini semakin kecil kerana dunia bagaikan di dalam genggaman tangan apatah lagi sekiranya ianya dapat mempercepatkan lagi penyampaian maklumat dan komunikasi secara elektronik.
Dalam dunia yang serba moden rata-rata rakyat memerlukan maklumat untuk membuat sebarang keputusan. Sebagai negara yang berdemokrasi adalah penting untuk rakyat mengetahui maklumat seimbang daripada pelbagai sumber.
Kita boleh lihat internet merupakan salah satu cara hidup masyarakat pada hari ini. Apabila sebut sahaja tentang bagaimana mendapatkan maklumat, ramai orang yang mengaitkannya dengan internet. Di dalam internet kita boleh mendapatkan pelbagai jenis maklumat sama ada yang positif dan berguna atau sebaliknya.
Boleh dikatakan juga internet bertindak sebagai satu perantaraan di mana komunikasi dijalankan. Selain itu, internet boleh menyalurkan apa sahaja maklumat sama ada dalam negara atau luar negara seperti maklumat mengenai politik, ekonomi, sosial dan sebagainya selagi tiada sekatan terhadap maklumat yang boleh diertikan sendiri sebagai mengancam keselamatan negara.
Jadi kita boleh berfikir sendiri adakah maklumat yang dikira sebagai membahayakan kerajaan boleh dikenakan penapisan sama ada bertujuan untuk mengekalkan kuasa politik yang sedang memerintah atau sememangnya bertujuan menjauhi bahaya yang boleh menjejaskan keharmonian semua orang. Sekiranya semua maklumat dibuat penapisan, kita tidak dapat mengetahui tentang perkara sebenar yang berlaku di dalam dunia hari ini. Kita sebagai rakyat berhak mengetahui dan menerima kebebasan menerima maklumat yang benar.
Kita semua dapat lihat, walaupun tiada sekatan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap penggunaan internet tetapi perdana menteri kita sendiri pernah memberi amaran kepada pengguna internet yang mendakwa bahawa mereka kebal terhadap undang-undang semata-mata kerana laman web mereka ditempatkan diluar negeri dan mereka berhak untuk berkata apa sahaja disitu.
Sebagai contoh, seorang penuntut universiti yang sedang belajar di luar negeri mengeluarkan video sindiran yang menunjukkan rasuah politik. Penuntut tersebut telah meminda seni kata lagu kebangsaan dan video tersebut telah ditonton oleh ramai orang. Tindakbalas yang dilakukan Dato Seri Hishammudin dengan memberi amaran bahawa kebebasan ada hadnya dan sekiranya ia berkait dengan isu kestabilan negara, keharmonian, nilai-nilai budaya dan pemimpin negara beliau tidak akan membiarkannya sahaja.
Apa yang boleh dikatakan disini ialah kerajaan tidak berniat untuk mengenakan kawalan terhadap penggunaan internet, namun kerajaan akan mengambil tindakan dengan menghukum penyalahgunaan teknologi maklumat. Buktinya ialah dengan adanya akta komunikasi dan multimedia (Communication and Multimedia Act) membolehkan hukuman dikenakan terhadap pemilik sesuatu laman web atau blog sekiranya bertindak melampaui batas dengan membenarkan penyiaran kandungan seperti perkauman, keagamaan atau politik yang dianggap menyakiti hati mahkamah. Secara jelasnya kita semua memang bebas menggunakan teknologi komunikasi sebagai medium untuk mendapatkan atau memberikan maklumat tetapi sekira menyalahinya undang-undang tindakan akan dikenakan.
1. Sumber: http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_teknologi/penglibatan_awamdalamkerajaan.asp
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info

0 comments: