CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 15, 2009

Kebebasan bersuara di Malaysia


Kebebasan bersuara berasaskan rasional, logik, dan atas nama keadilan adalah hak rakyat Malaysia yang sudah terjamin, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimanapun, dari sudut pandangan teknikal, kebebasan bersuara di Malaysia masih lagi bersifat statik atau tidak keterlaluan bila dikatakan kebebasan bersuara masih dibawah tempurung, dalam erti kata lain, ia dikawalselia oleh kerajaan.

Di Malaysia,seseorang individu boleh menggunakan pelbagai saluran komunikasi untuk menyuarakan pendapat atau ketidakpuasan hati. Tapi malangnya, seandainya seseorang individu menyampaikan pendapat, pandangan, dan cadangan yang menyinggung "perasaan" kerajaan yang memerintah maka dia boleh disabitkan sebagai "perosak" yang cuba merosakkan nama baik negara, walaupun pandangannya itu berasas dan bernas. Seseorang individu yang mengeluarkan kenyataan untuk mempersoalkan tindakan kerajaan akan dikenakan tindakan ISA atas nama menjaga keamanan negara walaupun ingin menegakkan keadilan dan kesaksamaan. Jadi, dimanakah dikatakan kemajuan teknologi komunikasi di Malaysia sepenuhnya dinikmati oleh setiap warga negara Malaysia?
Sekiranya seseorang individu yang menggunakan saluran teknologi komunikasi ini berpihak atau atau menghebahkan tentang imej baik kerajaan maka individu tersebut akan dijadikan contoh, dan sokongannya itu harus diikuti oleh semua rakyat Malaysia walaupun imej baik itu belum terbukti kebenaranya.
Media cetak atau media elektronik di Malaysia bebas untuk menerbitkan sebarang rancangan walaupun ia melalaikan dan tidak memberikan sebarang faedah dalam membangunkan minda rakyat. Realiti TV seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak, dan Malaysian Idol umpamanya tidak menyumbangkan kepada usaha pembangunan minda rakyat. Malah bakat-bakat baru yang ditonjolkan dalam rancangan realiti tv itu adakalanya tidak menepati kualiti yang diingini dan tidak mampu menjadi ikon yang baik kepada Masyarakat Malaysia. Sekalipun rancangan-rancangan ini melalaikan masyarakat ianya tidak langsung mendapat bantahan daripada pihak kerajaan kerana didapati tidak boleh merosakkan nama baik ataupun menjatuhkan martabat negara malahan ia mampu menguntungkan negara.
Secara keseluruhanya, sebagai rakyat Malaysia yang berpengetahuan, kita dapat melihat dan menilai sendiri bagaimana teknologi komunikasi masa kini yang dikatakan benar-benar dinikmati dari segi menyuarakan pendapat walaupun adakala ianya menyentuh isu sensitiviti tentang kerajaan yang memerintah.

0 comments: