CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 20, 2009

“Demokrasi Elektronik”

Adakah demokrasi penting untuk masyarakat ?

Demokrasi elektronik adalah medium untuk masyarakat menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan secara elektronik iaitu melalui ‘e-government’. Hal ini boleh dilihat dalam e-government mengenai kecanggihan teknologi yang disediakan di setiap jabatan dan rangkaian sehingga boleh didapati di setiap rumah untuk kemudahan orang awam yang disertakan dengan peralatan seperti ‘electronic purse’ dan kad pintar.

Walaupun keadaan ini memperlihatkan bentuk komunikasi dua hala di antara kerajaan dan orang awam tetapi gambaran yang dijangkaui oleh orang awam adalah berbentuk pasif. Hal ini kerana ada di antara orang awam yang tidak mempunyai kefahaman tentang kegunaan ‘e-government’.

Memandangkan penglibatan masyarakat dalam teknologi semakin meluas, dengan wujudnya ‘e-government’ boleh memberi peluang kepada kita dan menjadikannya lebih bermakna serta ‘e-government’ dapat di gunakan untuk menggalakkan demokrasi elektronik seperti yang ada di negara kita.

Apabila majoriti rakyat mempunyai kemudahan komputer serta dengan pencapaian teknologi internet, membolehkan kita mengetahui tentang kesemua permasalahan yang berlaku dalam sistem demokrasi di negara kita. Jadi, ini membolehkan penglibatan rakyat dalam sistem politik kita dan mengekalkan kedaulatan kerajaan.

“Adakah e-government tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa penglibatan daripada rakyatnya secara majoriti”.

Namun, penyertaan rakyat yang tidak menyeluruh kerana terdapat golongan miskin yang tidak mampu memiliki komputer dan tidak dapat menikmati sepenuhnya kemudahan internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan kemudahan ‘e-government’ untuk tujuan tersebut di samping tiada pengetahuan yang berkaitan dengan ‘e-government’.

Antara persoalan lain yang timbul , sejauhmanakah pemimpin kita bersedia menerima kritikan daripada rakyat melalui ‘e-government’?

Ada juga segelintir pemimpin yang sedia menerima kritikan dan ada juga yang enggan menerima kritikan. Ini kerana setiap pemimpin mempunyai pendirian terhadap sesuatu isu.

Apa yang dapat disimpulkan disini, dalam demokrasi elektonik terdapat peranan rakyat dengan ‘e-government’ terutamanya apabila berhadapan dengan cabaran dunia yang semakin hebat bagi memastikan perkembangan teknologi selari dengan peredaran dunia.

Sumber:

1. www.sabah.org.my

0 comments: