CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 18, 2009

utk kwn2..

best of luck 4 ur life.....i love u so muchhhhhhhhhhhhhhh...huhuhuuu...take care...dah keja 2 ingt2 kwn yerrrr...................from angah

Friday, May 8, 2009

Good Luck...FRiends...!!!!!

Salam smua....korang pa kbr..?...da abis blajr 2..jgn lupa nak contak2 mber2....n klu da dapat keja 2...jgn lupa la kwn2 kat cni....klu blh 2....da dapat GAJI...blanja la...hehehe pa2 pun...all mber....take care..bye2!!!!

Saturday, March 21, 2009

Global Village untuk perkembangan demokrasi

kita dapat lihat dunia sekarang mengamal sistem "global village" dalam membangunkan demokrasi. Idea ini diperkenankan oleh Marshall McLuhan yang memberi andaian bahawa dunia bersama-sama menyelesaikan masalah yang berlaku dengan penggunaan teknologi.
Di negara-negara maju seperti US, kekuatan teknologi digunakan sebagai alat untuk menunjukkan simbol kekuasaan negara tersebut. sekarang kita dapat lihat, dunia sudah banyak berubah dengan adanya teknologi seperti TV, radio, internet dan sebagainya. Ini juga membawa kepada penyebaran informasi demokrasi politik yang mana memberi ruang kepada masyarakat untuk bersuara. Kecenderungan ini kita dapat dengan adanya E-kerajaan, E-journal, E-perubatan dan lain-lain yang mana dapat diakses di hujung jari.
Dalam ruang politik pula sistem komunikasi peribadi iaitu telefon, dan komputer digital seperti e-mail, internet, VOIP (Voice over Internet Protocal) yang membawa kepada politik on-line.
"Adakah demokrasi yang dilingkupi oleh teknologi komunikasi merupakan ancaman atau tentangan dalam kehidupan?
Terdapat tiga pendekatan dapat digunakan dalam nenerangkan persoalan ini seperti Dystopian, Neo-futurist dan Technorealist yang diperkenalkan oleh Wilhelm (2000). Dystopiam lebih kepada bersikap kritis terhadap penempatan teknologi komunikasi yang mana ia dapat menggugat keadaan sosial dan politik. Neo-futurist pula lebih kepada penerimaan terhadap teknologi komunikasi yang dianggap sebagai kekuatan dalam perletakan dasar kerja dalam demokrasi. Manakala pendekatan technorenlist lebih kepada kepelbagaian kepentingan di sebalik penggunaan media dimana kehadiran teknologi dapat diaplikasi tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan.
Global Village juga dapat mempengambi tahap pemikiran rakyat. Perlaksanaan "Good Governance" menunjukkan kemampuan kerajaan dalam menggunakan kuasa dalam membuat keputusan dalam pelbagai aspek iaitu ekonomi, sosial dan sektor-sektor lain. Ia juga berkait dengan kemampuan pemerintah untuk mengetahui dan memelihara hubungan antara masyarakat dan kerajaan.




Friday, March 13, 2009

Demokrasi di tengah-tengah teknologi komunikasi

Kemajuan yang wujud di era ini telah menyebabkan kita makin bertamadun dan berpengatahuan. Segala-galanya telah mnjadi makin mudah dengan kewujudan teknologi. Kalau dahulu teknologi itu ibarat satu bnda yang baru dan bukan semua orang boleh menggunakanya, tetapi sekarang tanpa teknologi org tersebut dikatakan kuno. Kita kembali pada perbincangan asas yang saya ingin katakan tentang demokrasi yang wujud di tengah2 teknologi komunikasi kini. Kewujudan teknologi komunikasi yang tanpa sekatan dan sempadan kini meyebabkan kita makin berani untu menyuarakan pendapat.
Berpandukan definisi demokrasi yang menekankan prinsip asas kuasa rakyat dan kerajaan perwakilan, maka e–demokrasi dapat ditakrifkan sebagai cara bagaimana menggunakan aplikasi system teknologi maklumat untuk membimbing, memperbaiki dan melaksanakan prinsip-prinsip amalan demokrasi. Penggunaan ICT secara aktif dipercayai dapat mengujudkan warga yang bermaklumat dan berpengetahuan serta ruang penyertaan yang luas dalam proses politik seperti yang dianjurkan oleh prinsip demokrasi. Rakyat secara tidak langsung dapat meningkatkan penyertaan mereka dalam proses pengubalan undang-undang, dasar awam dan proses eksekutif kerajaan dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik pendapat umum, perbahasan, forum, perundingan, blog lobi kumpulan pendesak dan pada masa yang sama terdedah kepada maklumat dan pengakuan pakar yang dikemukakan melalui ICT.
Menurut Tsagarousianou, Roza, Damian Tambini dan athyrn Bryan dalam buku suntingan mereka “Cyber democracy” menyatakan konsep e-demokrasi wlaupun hanya merupakan satu impian khayalan para srjana sains politik dan aktivitis sosial pada tahun1960-an, tetapi kini semakin menjadi kenyataan mulai pertengahan tahun 1990-an Penggunaan teknologi Internet yang meluas dan pengenalan e–kerajaan dalam penambahbaikan mutu penyampaian perkhidmatan awam telah merealisasikan konsep dan harapan e-demokrasi. Pendekatan hubungan ini amat jelas apabila e-kerajaan yang diberi takrifan oleh kebanyakan negara pengamal demokrasi.
Ketika sebelum wujudnya zaman demokrasi iaitu zaman penjajahan dari anasir luar, segala maklumat dari luar begitu sukar untuk kita dapati. Contohnya zaman penjajahan jepun dahulu, penjajah tidak mahu pendudk menerima sebarang berita atau maklumat dari luar. Sesiapa yang didapati menyimpan radio akan dirampas. Disini kita boleh lihat betapa sukarnya untuk mendapat maklumat dan menyuarakan pendapat kita ketika itu. Zaman penjajahan menyekat semua bentuk komunikasi kita kepada orang luar. Namun kini dengan wujudnya reformasi-reformasi tentang teknologi komunikasi menyebabkan demokrasi dalam teknologi makin terserlah.
Kesimpulannya setiap masyarakat yang ada dalam generasi sekarang begitu memerlukan teknologi komunikasi tertumanya dalam meyuarakan pendapat kepada pihak-pihak tertentu. Batasan-batasan yang wujud akan meyebabkan kita terpisah pada dunia maklumat dan pendapat. Demokrasi wujud apabila adanya teknologi komunikasi yang tidak disekat dari mana-mana pihak.

Thursday, March 5, 2009

WACANA DEMOKRASI SEIMBANGKAN KEKUATAN ANTARA NEGARA DAN MASYARAKAT


Dalam demokrasi selalunya memfokuskan kepada keseimbangan antara kekuatan masyarakat dan negara. Malah, kekuatan ini menggambarkan bentuk pemerintahan dan peranan parti-parti politik. Tetapi, kita dapat lihat tidak pula wujud tentang isu-isu bagaimana teknologi berperanan dalam proses demokrasi,

Dalam hal ini, terdapat dua alasan yang dapat dikaitkan antara demokrasi dan teknologi. Alasan pertama adalah sistem demokrasi yang baik pada suatu situasi akan bergntung kepada teknologi. Sebagia contoh, penggunaan teknologi komunikasi dalam menyebarkan propaganda poitik oleh sesetengah pihak.

Alasan kedua adalah demokrasi mempengaruhi pembanunan teknologi. Perkembangan teknologi sama ada di negara mempunyai pemerintah yang kuat atau liberal tidak terlepas dari golongan pemerintah yang menguasai olisi teknologi. Ada fakta yang menyatakan bahawa pengembangan teknologi merupakan hasil daripada proses politik. Sebagai contoh, kejayaan projek Manhattan mengaplikasikan pengunaan bom Hidrogen dalam tragedi Hirosima dan Nagasaki yang mana ia didasari dalam hal politik.

Dalam melangkah ke era refomasi, internet dijadikan media yang paling efektif dalam gerakan refomasi. Berita-berita politik dapat disebarkan tanpa ada batasan. Secara umum, penggunaan teknoogi dapat menguabah perilaku individu dan sosial masyarat terutama bagi mereka yang memiliki infrastruktur internet yang tinggi. Meurut Bijkar ( 1987), evoosi fungsian internet menjadi media demokrasi yang mana dapat difahami melalui teori kontrak sosial teknologi ( Social Construction Of Yechnology ). Malah, perkembangan teknologi juga tidaklah dianggap bersikap liner.

Disamping itu, isu demokrasi dan teknologi dapat dilihat dalam konteks kebijaksanaan pemerintah. perkembangan teknologi menggambarkan kepentingan hal politik. Hal ini jelas terbukti apabila kebijaksanaan teknologi sangat bergantung kepada pemerintahan politik untuk mencapai tujuan politik tertentu ke atas negara lain.

Menurut Cambell ( 2000 ), proses perkembangan teknologi lebih bersifat "Tertutup" dan cenderung kepada " One-Mom-Show" sehinggah berlakunya manipulasi oleh mana-mana pihak. Ketidaktepatan polisi akan membentuk " Governing Mentality " yang mana menafikan penglibatan publik dalam proses pembuatan keputusan.

Dapat disimpulkan bahawa demokrasi penting dalam perkembangan teknologi yang tepat dan bijak. Demokrasi mnjadikan proses pembuatan keputusan tidak lagi didominasi oleh individu atau kelompok tertentu. Penglibatan masyarakat dalam pembuatan keputusan memberi peluang kepada berlakunya peroses perundingan antara pemerintah dan masyarakat.



Sumber
: Sulfikar Amir ( Department of Science and Technology Studies Renseluer Polytechic
Institute )
: http://www.theindonesianinstitute.org /gdemo 02.htm

Friday, February 27, 2009

Perkembangan Teknologi Dalam Demokrasi atau Perkembangan Demokrasi Dalam Teknologi Komunikasi???


Pada zaman yang serba canggih ini, manusia pada abad ini telah maju dari pelbagai perspektifkehidupan, samada dari segi ekonomi, pendidikan, sosial dan tidak terkecuali dari segi sistem politik negara. Menyentuh mengenai perkembangan hal politik di Malaysia, perkembangan
teknologi komunikasi semakin meningkat dalam proses demokrasi di mana orang ramai dapatmenyuarakan pendapat atau meluahkan perasaan tidak puas hati mengenai sistempemerintahan politik di Malaysia dengan penuh yakin dan tanpa sebarang perasaan takut.

Ada dua faktor yang menentukan kedudukan atau situasi mengenai pemahaman tentang perhubungan di antara demokrasi dan teknologi. Pertama adalah sistem demokrasi yang baik
bergantung pada teknologi. Contohnya, teknologi telekomunikasi telah digunakan dalam proses
penyebaran berita-berita politik yang merupakah hak setiap warganegara. Teknologi komunikasi juga digunakan dalam proses penghitungan suara dalam pemilihan umum. Peranan
teknologi menjadi semakin penting di mana pihak-pihak tertentu boleh memanipulasi sesuatu
berita untuk kepentingan mereka melalui penguasaan teknologi tersebut.

Demokrasi juga mempengaruhi proses pengembangan teknologi. Pengembangan teknologi di
suatu negara, baik di negara pemerintah sangat kuat mahupun di negara liberal seperti di
Amerika Syarikat, tidak pernah lepas dari memiliki kekuasaan untuk membuat suatu polisi
teknologi (technology policy). Point of interest di sini adalah pengembangan teknologi merupakan hasil dari suatu proses politik juga. Hal ini dapat dilihat atau dibuktikan apabila bom
hidrogen yang dicipta digunakan dalam tragedi Hiroshima dan Nagasaki lebih setengah abad
lebih yang lalu adalah merupakan salah satu contoh pengembangan teknologi yang didasari atas
motif politik (political impetus).

Menyentuh mengenai teknologi komunikasi, medium yang paling baik untuk setiap rakyat
meluahkan perasaan, rasa tidak puas hati, bertukar pendapat, bersosial dan sebagainya ialah
melalui internet. Secara umumnya, internet adalah media pertukaran maklumat yang tidak
berbeza fungsinya daripada telefon, faksimili dan sebagainya. Tetapi, uniknya internet memiliki
empat karakteristik atau ciri-ciri yang membuatnya menjadi superior jika hendak dibandingkan
dengan media komunikasi yang lain. Ciri yang pertama ialah penggunaannya yang murah. Ciri
kedua adalah sifatnya yang real time. Ketiga adalah sifatnya yang borderless dimana tiada
sekatan ruang dalam media yang memungkinkan setiap orang saling berhubung dengan baik.
Keempat, dan yang paling penting ialah internet menyediakan ruang-ruang publik yang tidak
dapat ditembus oleh pihak penguasa.

Perkembangan teknologi sedikit sebanyak bergantung pada kebijaksanaan pemerintah.
Dalam konteks ini, pengembangan teknologi adalah political statement, dalam erti kata bahawa
teknologi merupakan satu medium untuk kepentingan dalam sistem politik. Hal ini jelas terbukti
pada penggunaan teknologi di beberapa negara di mana perkembangan teknologi sangat
bergantung kepada keputusan politik pemerintah untuk mencapai political ends tertentu ke atas
negara lain.

Kesimpulannya, didapati sistem demokrasi banyak dipengaruhi oleh perkembangan
teknologi komunikasi seperti internet yang mana ia memberi kesan kepada sistem politik di
Malaysia. Rakyat yang tidak berpeluang untuk menyuarakan pendapat dapat melahirkan
pendapat mereka tanpa sekatan mana-mana pihak. Selain itu, jika diperhati juga, teknologi
komunikasi juga dipengaruhi oleh sistem demokrasi itu sendiri di mana pergolakan politik di
sesebuah negara dengan sesebuah negara lain telah mencetus satu medium baru bagi negara
yang kuat untuk menakluk pemerintahan negara lain.Oleh itu, segala sistem politik negara
bergantung kepada kebijaksanaan pemerintah untuk mengawal sistem pentadbiran negara bagi
faedah rakyat dan negara. Perlaksaaan sistem demokrasi dan penggunaan teknologi komunikasi
banyak memberi kebaikan kepada rakyat, tetapi pada masa yang sama ia juga memberi kesan
sampingan yang boleh memburukkan keadaan dan menghuru-harakan sistem pentadbiran
negara.


Sumber:
1) bayusumilir.wordpress.com

Friday, February 20, 2009

“Demokrasi Elektronik”

Adakah demokrasi penting untuk masyarakat ?

Demokrasi elektronik adalah medium untuk masyarakat menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan secara elektronik iaitu melalui ‘e-government’. Hal ini boleh dilihat dalam e-government mengenai kecanggihan teknologi yang disediakan di setiap jabatan dan rangkaian sehingga boleh didapati di setiap rumah untuk kemudahan orang awam yang disertakan dengan peralatan seperti ‘electronic purse’ dan kad pintar.

Walaupun keadaan ini memperlihatkan bentuk komunikasi dua hala di antara kerajaan dan orang awam tetapi gambaran yang dijangkaui oleh orang awam adalah berbentuk pasif. Hal ini kerana ada di antara orang awam yang tidak mempunyai kefahaman tentang kegunaan ‘e-government’.

Memandangkan penglibatan masyarakat dalam teknologi semakin meluas, dengan wujudnya ‘e-government’ boleh memberi peluang kepada kita dan menjadikannya lebih bermakna serta ‘e-government’ dapat di gunakan untuk menggalakkan demokrasi elektronik seperti yang ada di negara kita.

Apabila majoriti rakyat mempunyai kemudahan komputer serta dengan pencapaian teknologi internet, membolehkan kita mengetahui tentang kesemua permasalahan yang berlaku dalam sistem demokrasi di negara kita. Jadi, ini membolehkan penglibatan rakyat dalam sistem politik kita dan mengekalkan kedaulatan kerajaan.

“Adakah e-government tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa penglibatan daripada rakyatnya secara majoriti”.

Namun, penyertaan rakyat yang tidak menyeluruh kerana terdapat golongan miskin yang tidak mampu memiliki komputer dan tidak dapat menikmati sepenuhnya kemudahan internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan kemudahan ‘e-government’ untuk tujuan tersebut di samping tiada pengetahuan yang berkaitan dengan ‘e-government’.

Antara persoalan lain yang timbul , sejauhmanakah pemimpin kita bersedia menerima kritikan daripada rakyat melalui ‘e-government’?

Ada juga segelintir pemimpin yang sedia menerima kritikan dan ada juga yang enggan menerima kritikan. Ini kerana setiap pemimpin mempunyai pendirian terhadap sesuatu isu.

Apa yang dapat disimpulkan disini, dalam demokrasi elektonik terdapat peranan rakyat dengan ‘e-government’ terutamanya apabila berhadapan dengan cabaran dunia yang semakin hebat bagi memastikan perkembangan teknologi selari dengan peredaran dunia.

Sumber:

1. www.sabah.org.my

Thursday, February 12, 2009

POLITIK DAN INTERNET

Dalam era kemajuan teknologi pada masa kini internet dilihat sebagai medium utama memperjuangkan kepentingan politik masing-masing. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab apila membincangkan perkaitan teknologi komunikasi dan politik. Persolan tersebut berkisar kepada sejauh mana kewujudan teknologi komunikasi iaitu internet digunakan sebagai medium untuk membincangkan hal ehwal politik menerusi internet? Apakah kebaikan dan keburukanya kepada politik negara.
Penggunaan internet pada masa kini dilihat semakin luas skopnya seiring dengan era globalisasi yang semakin meluas. Internet memainkan peranan yang penting untuk menyuarakan ideology masing-masing samada dipihak kerajaan yang memerintah mahupun kepada parti alternative yang ada sekarang. Internet adalah antara medium yang sangt diperlukan terutamanya menjelang kempen pilihanraya. Selain itu internet juga menjadi alat yang sangat diperlukan kepada pengkritik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempengaruhi pandangan umum. Hal ini membuatkan masyarakat atau rakyat khususnya menerima mediun digital sebagai media alternative bagi saluran meluahkan pandangan, sokongan, mahupun ketidakpuasan hati.
Walaupun masyarakat dikatakan bebas menyuarakan pandangan dan pendirian mereka sendiri tanpa sebarang sekatan dengan menggunakan media alternative ini, pandangan yang disuarakan tetap tidak boleh mengkritik kerajaan yang memerintah walaupun kenyataan yang disuarakan itu adalah benar, jika tidak individu tersebut dikatakan telah menganggu keamanan negara dan akan ditahan diwah akta ISA, seperti yang berlaku dalam kes Raja Petra, oleh itu dimanakah yang dikatakan masyarakat itu bebas menyuarakan pendapatnya tanpa sebarang sekatan? Melainkan dengan mengatakan masyarakat sebebnarnya belum lagi menikmati kebebasan bersuara melalui medium-medium yang ada sepenuhnya.
Dalam pada kita menitikberatkan penggunaan teknologi dalam politik , kita juga harus menyedari bahawa kehadiran teknologi komunikasi dalam arena politik ini tidak semestinya membawa kebaikan semata-mata. Juga terdapat keburukan dan ketidakadilan yang diperolehi. Contoh yang dapat kita lihat sekarang adalah dalam kes pergolakan politik yang berlaku di Perak sekarang, sebagai masyarakat yang berpengetauhan kita dapat menilai bahawa disebabkan pihak media, dan orang ramai yang mengembar-gemburkan masalah melalui saluran-saluran alternative yang ada, isu ini menjadai semakin besar yang membawa kepada pelbagai masalah yang timbul, termasuk perbalahan kaum, kedaulatan sultan direndahkan, perbalahan sesama kaum, dan sebagainya lagi yang akhirnya akan meruntuhkan negara Malaysia sendiri.
Ekoran daripada unsur kebaikan dan keburukan, munculnya kesan yang terdapat dalam penggunaan teknologi terhadap politik. Antaranya ialah dapat membantu parti-parti politik dalam menstabilakan pentadbiran negara. Namun begitu, penggunaan teknologi komunikasi pada masa kini juga boleh menyebabkan kekecohan berlaku berikuatan maklumat yang belum pasti kebenaranya.
Kesimpulannya, teknologi komunikasi terutamanya internet sememangnya memberikan peluang yang meluas kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam perbincangan dan perdebatan tentang hal ehwal politik. Ini boleh dianadaikan bahawa internet boleh berfungsi sebagai sfera awam yang memberi peluang kepada rakyat untuk mengeluarkan pendapat tentang politik. Namun begitu, perbincangan politik menerusi internet ini boleh memberri kesan negative kepada masyarakat dan negara jika tidak digunakan dengan sebaiknya oleh masyarakat.
Sumber:
www.averroes.or.id/opinion/demokrasi-politik-dan-demokrasi-ekonomi.html

Friday, February 6, 2009

MEDIA MASSA DAN MEDIA BARU DALAM KONTEKS DEMOKRASI

Pada zaman ini, telah muncul media baru bagi menggantikan media massa yang mana dua medium komunikasi ini mempunyai perbezaan yang ketara dalam konteks menggalakkan proses demokrasi. Persoalannya, adakah peranan dua medium komunikasi ini berfungsi sebagai medium terbaik untuk poses demokrasi di kalangan rakyatnya?
Melihat kepada fungsi media massa, ia sepatutnya beroperasi sebagai medium untuk masyarakat sebaliknya media massa dikatakan gagal menjalankan peranannnya dalam proses demokrasi sebagai medium untuk memaparkan berita yang telus dan signifikan, konkrit dan berkualiti. Hal ini dapat dilihat apabila berita yang dihasilkan lebih cenderung kepada berita yang remeh temeh. Media massa dikatakan tidak mementingkan tanggungjawab sosial sebaliknya lebih mengutamakan komersialisasi dimana berita yang dihasilkan lebih mengutamakan berita yang sensasi dan hiburan semata-mata.

Disebabkan keinginan keuntungan yang berlipat ganda, berita seperti ini dihasilkan dan menokok tambah cerita serta membelakangkan adab dan serta tatasusila masyarakt bagi menarik minat masyarakat, Media sepatutnya membangunkan minda masyarakat bukan menghancurkan lagi masyarakat. Hal ini dapat dilihat di Malaysia dimana media arus perdana dikuasai oleh pihak kerajaan. Ia dapat dibuktikan apabila terdapat penguasaan kerajaan ke atas pemilikan media seperti kewujudan Akta Rahsia 1972, Akta Penerbitan dan Media Cetak, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang digubal oleh kerajaan untuk menyekat pegerakan atau kebebasan media massa di Malaysia.

Sekatan pemilikan ini telah menyebabkan media tidak lagi dilihat berperanan secara bebas dan adil. Tanpa mempedulikan kesahihan fakta , berita kerajaan sentiasa dipaparkan secara positif. Sebaliknya, apa saja yang dilakukan oleh pembangkang sekalipun betul dianggap salah. Situasi ini jelas menunjukkan konsep berita yang dihasilkan bertentangan dengan iklim demokrasi dan menafikan hak masyarakat untuk disajikan dengan berita yang tepat.

Dalam kepincangan ini, muncul medium baru sebagai medium terbaik dan paling sesuai untuk memupuk dan memperluaskan proses demokrasi. Media baru atau internet yang muncul ini telah memberikan pengguna peluang untuk memberikan atau berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku. Pengguna juga boleh meluahkan ketidakpusan hati atau mengkritik sesuatu perkara yang mereka tidak persetujui. Terdapat pelbagai medium dalam internet yang membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan internet secara maksimum dan tanpa had dalam proses demokrasi. Contohnya, kita boleh mencipta weblog peribadi, terlibat dala forum, email, video conferencing dan sebagainya. Melalui medium tersebut, ia membuka jalan kepada masyarakat untuk terlibat dalam perbincangan politik secara aktif.
Media baru ini sangat penting dalam proses demokrasi di mana ia berfungsi kepada masyarakat untuk mengakses pelbagai informasi dan data tanpa sekatan dari sesiapa pun. Melalui internet, masyarakart dapat mengetahui pelbagai maklumat tidak seperti media tradisional yang terhad kepada maklumat-maklumat tertentu. Menerusi internet juga, ia dapat memupuk proses demokrasi kerana elemen kepantasan yang dimiliki. Seperti yang kita ketahui, internet merupakan jaringan komunikasi maya yang menyalurkan pelbagai maklumat dengan pantas. Selain itu, internet bebas daripada penguasaan sesiapa dan hal ini membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu isu yang berlaku. Dalam konteks politik, pemaparan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan tiada ‘bias’ kepada mana-mana parti politik.
Perbezaan yang dibincangkan ini menunjukkan hahawa media baru adalah medium terbaik untuk proses demokrasi berbanding media massa. Namun begitu, media massa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya disebabkan kewujudan undang-undang yang menjadi faktor utama kegagalan dalam proses demokrasi. Dalam pada masa yang sama, kebebasan menggunakan internet juga boleh mmenjadi ancaman kerana ia terdedah kepada penyalahgunaan untuk kepentingan peribadi dan pihak-pihak tertentu. Oleh itu, terpulang kepada masyarakat untuk memanfaatkan medium tersebut untuk tujuan yang betul.

Sumber:
1. www, wikipedia.org/wiki/Demokrasi_sosial
2. http:komunikasi_dalam _masyarakat_okt
3. bima.ipb.id//kom_pembangunan.htm

Friday, January 30, 2009

Adakah kebebasan maklumat perlu dalam sistem demokrasi di Malaysia?

Perkembangan teknologi komunikasi yang berkembang dengan pantas dapat dilihat boleh membangunkan masyarakat secara keseluruhannya. Kepelbagaian teknologi komunikasi yang ada pada hari ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk manfaat bersama. Jadi untuk menelitinya, adakah kebebasan maklumat perlu dalam sistem demokrasi di Malaysia?
Teknologi maklumat boleh memberi kesenangan hidup kepada kita semua. Seseorang tidak perlu bersusah payah beratur dan tunggu lama untuk membuat sebarang urusan sebagai contohnya pembayaran bil. Pendek kata dunia ini dihujung jari anda. Secara realitinya boleh dikatakan dunia ini semakin kecil kerana dunia bagaikan di dalam genggaman tangan apatah lagi sekiranya ianya dapat mempercepatkan lagi penyampaian maklumat dan komunikasi secara elektronik.
Dalam dunia yang serba moden rata-rata rakyat memerlukan maklumat untuk membuat sebarang keputusan. Sebagai negara yang berdemokrasi adalah penting untuk rakyat mengetahui maklumat seimbang daripada pelbagai sumber.
Kita boleh lihat internet merupakan salah satu cara hidup masyarakat pada hari ini. Apabila sebut sahaja tentang bagaimana mendapatkan maklumat, ramai orang yang mengaitkannya dengan internet. Di dalam internet kita boleh mendapatkan pelbagai jenis maklumat sama ada yang positif dan berguna atau sebaliknya.
Boleh dikatakan juga internet bertindak sebagai satu perantaraan di mana komunikasi dijalankan. Selain itu, internet boleh menyalurkan apa sahaja maklumat sama ada dalam negara atau luar negara seperti maklumat mengenai politik, ekonomi, sosial dan sebagainya selagi tiada sekatan terhadap maklumat yang boleh diertikan sendiri sebagai mengancam keselamatan negara.
Jadi kita boleh berfikir sendiri adakah maklumat yang dikira sebagai membahayakan kerajaan boleh dikenakan penapisan sama ada bertujuan untuk mengekalkan kuasa politik yang sedang memerintah atau sememangnya bertujuan menjauhi bahaya yang boleh menjejaskan keharmonian semua orang. Sekiranya semua maklumat dibuat penapisan, kita tidak dapat mengetahui tentang perkara sebenar yang berlaku di dalam dunia hari ini. Kita sebagai rakyat berhak mengetahui dan menerima kebebasan menerima maklumat yang benar.
Kita semua dapat lihat, walaupun tiada sekatan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap penggunaan internet tetapi perdana menteri kita sendiri pernah memberi amaran kepada pengguna internet yang mendakwa bahawa mereka kebal terhadap undang-undang semata-mata kerana laman web mereka ditempatkan diluar negeri dan mereka berhak untuk berkata apa sahaja disitu.
Sebagai contoh, seorang penuntut universiti yang sedang belajar di luar negeri mengeluarkan video sindiran yang menunjukkan rasuah politik. Penuntut tersebut telah meminda seni kata lagu kebangsaan dan video tersebut telah ditonton oleh ramai orang. Tindakbalas yang dilakukan Dato Seri Hishammudin dengan memberi amaran bahawa kebebasan ada hadnya dan sekiranya ia berkait dengan isu kestabilan negara, keharmonian, nilai-nilai budaya dan pemimpin negara beliau tidak akan membiarkannya sahaja.
Apa yang boleh dikatakan disini ialah kerajaan tidak berniat untuk mengenakan kawalan terhadap penggunaan internet, namun kerajaan akan mengambil tindakan dengan menghukum penyalahgunaan teknologi maklumat. Buktinya ialah dengan adanya akta komunikasi dan multimedia (Communication and Multimedia Act) membolehkan hukuman dikenakan terhadap pemilik sesuatu laman web atau blog sekiranya bertindak melampaui batas dengan membenarkan penyiaran kandungan seperti perkauman, keagamaan atau politik yang dianggap menyakiti hati mahkamah. Secara jelasnya kita semua memang bebas menggunakan teknologi komunikasi sebagai medium untuk mendapatkan atau memberikan maklumat tetapi sekira menyalahinya undang-undang tindakan akan dikenakan.
1. Sumber: http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_teknologi/penglibatan_awamdalamkerajaan.asp
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info

Thursday, January 22, 2009

Perkaitan Di Antara Kemajuan Teknologi Komunikasi dan Kebebasan Bersuara Di Malaysia

Kebebasan bersuara berasaskan rasional, logik, dan atas nama keadilan adalah hak rakyat Malaysia yang sudah terjamin, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimanapun, dari sudut pandangan teknikal, kebebasan bersuara di Malaysia masih lagi bersifat statik atau tidak keterlaluan bila dikatakan kebebasan bersuara masih dibawah tempurung, dalam erti kata lain, ia dikawalselia oleh kerajaan.

Di Malaysia,seseorang individu boleh menggunakan pelbagai saluran komunikasi untuk menyuarakan pendapat atau ketidakpuasan hati. Tapi malangnya, seandainya seseorang individu menyampaikan pendapat, pandangan, dan cadangan yang menyinggung "perasaan" kerajaan yang memerintah maka dia boleh disabitkan sebagai "perosak" yang cuba merosakkan nama baik negara, walaupun pandangannya itu berasas dan bernas. Seseorang individu yang mengeluarkan kenyataan untuk mempersoalkan tindakan kerajaan akan dikenakan tindakan ISA atas nama menjaga keamanan negara walaupun ingin menegakkan keadilan dan kesaksamaan. Jadi, dimanakah dikatakan kemajuan teknologi komunikasi di Malaysia sepenuhnya dinikmati oleh setiap warga negara Malaysia?

Sekiranya seseorang individu yang menggunakan saluran teknologi komunikasi ini berpihak atau atau menghebahkan tentang imej baik kerajaan maka individu tersebut akan dijadikan contoh, dan sokongannya itu harus diikuti oleh semua rakyat Malaysia walaupun imej baik itu belum terbukti kebenaranya.

Media cetak atau media elektronik di Malaysia bebas untuk menerbitkan sebarang rancangan walaupun ia melalaikan dan tidak memberikan sebarang faedah dalam membangunkan minda rakyat. Realiti TV seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak, dan Malaysian Idol umpamanya tidak menyumbangkan kepada usaha pembangunan minda rakyat. Malah bakat-bakat baru yang ditonjolkan dalam rancangan realiti tv itu adakalanya tidak menepati kualiti yang diingini dan tidak mampu menjadi ikon yang baik kepada Masyarakat Malaysia. Sekalipun rancangan-rancangan ini melalaikan masyarakat ianya tidak langsung mendapat bantahan daripada pihak kerajaan kerana didapati tidak boleh merosakkan nama baik ataupun menjatuhkan martabat negara malahan ia mampu menguntungkan negara.

Secara keseluruhanya, sebagai rakyat Malaysia yang berpengetahuan, kita dapat melihat dan menilai sendiri bagaimana teknologi komunikasi masa kini yang dikatakan benar-benar dinikmati dari segi menyuarakan pendapat walaupun adakala ianya menyentuh isu sensitiviti tentang kerajaan yang memerintah.

Thursday, January 15, 2009

Kebebasan bersuara di Malaysia


Kebebasan bersuara berasaskan rasional, logik, dan atas nama keadilan adalah hak rakyat Malaysia yang sudah terjamin, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimanapun, dari sudut pandangan teknikal, kebebasan bersuara di Malaysia masih lagi bersifat statik atau tidak keterlaluan bila dikatakan kebebasan bersuara masih dibawah tempurung, dalam erti kata lain, ia dikawalselia oleh kerajaan.

Di Malaysia,seseorang individu boleh menggunakan pelbagai saluran komunikasi untuk menyuarakan pendapat atau ketidakpuasan hati. Tapi malangnya, seandainya seseorang individu menyampaikan pendapat, pandangan, dan cadangan yang menyinggung "perasaan" kerajaan yang memerintah maka dia boleh disabitkan sebagai "perosak" yang cuba merosakkan nama baik negara, walaupun pandangannya itu berasas dan bernas. Seseorang individu yang mengeluarkan kenyataan untuk mempersoalkan tindakan kerajaan akan dikenakan tindakan ISA atas nama menjaga keamanan negara walaupun ingin menegakkan keadilan dan kesaksamaan. Jadi, dimanakah dikatakan kemajuan teknologi komunikasi di Malaysia sepenuhnya dinikmati oleh setiap warga negara Malaysia?
Sekiranya seseorang individu yang menggunakan saluran teknologi komunikasi ini berpihak atau atau menghebahkan tentang imej baik kerajaan maka individu tersebut akan dijadikan contoh, dan sokongannya itu harus diikuti oleh semua rakyat Malaysia walaupun imej baik itu belum terbukti kebenaranya.
Media cetak atau media elektronik di Malaysia bebas untuk menerbitkan sebarang rancangan walaupun ia melalaikan dan tidak memberikan sebarang faedah dalam membangunkan minda rakyat. Realiti TV seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak, dan Malaysian Idol umpamanya tidak menyumbangkan kepada usaha pembangunan minda rakyat. Malah bakat-bakat baru yang ditonjolkan dalam rancangan realiti tv itu adakalanya tidak menepati kualiti yang diingini dan tidak mampu menjadi ikon yang baik kepada Masyarakat Malaysia. Sekalipun rancangan-rancangan ini melalaikan masyarakat ianya tidak langsung mendapat bantahan daripada pihak kerajaan kerana didapati tidak boleh merosakkan nama baik ataupun menjatuhkan martabat negara malahan ia mampu menguntungkan negara.
Secara keseluruhanya, sebagai rakyat Malaysia yang berpengetahuan, kita dapat melihat dan menilai sendiri bagaimana teknologi komunikasi masa kini yang dikatakan benar-benar dinikmati dari segi menyuarakan pendapat walaupun adakala ianya menyentuh isu sensitiviti tentang kerajaan yang memerintah.

Tuesday, January 13, 2009

YKT214

DATELINE =