CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 27, 2009

Perkembangan Teknologi Dalam Demokrasi atau Perkembangan Demokrasi Dalam Teknologi Komunikasi???


Pada zaman yang serba canggih ini, manusia pada abad ini telah maju dari pelbagai perspektifkehidupan, samada dari segi ekonomi, pendidikan, sosial dan tidak terkecuali dari segi sistem politik negara. Menyentuh mengenai perkembangan hal politik di Malaysia, perkembangan
teknologi komunikasi semakin meningkat dalam proses demokrasi di mana orang ramai dapatmenyuarakan pendapat atau meluahkan perasaan tidak puas hati mengenai sistempemerintahan politik di Malaysia dengan penuh yakin dan tanpa sebarang perasaan takut.

Ada dua faktor yang menentukan kedudukan atau situasi mengenai pemahaman tentang perhubungan di antara demokrasi dan teknologi. Pertama adalah sistem demokrasi yang baik
bergantung pada teknologi. Contohnya, teknologi telekomunikasi telah digunakan dalam proses
penyebaran berita-berita politik yang merupakah hak setiap warganegara. Teknologi komunikasi juga digunakan dalam proses penghitungan suara dalam pemilihan umum. Peranan
teknologi menjadi semakin penting di mana pihak-pihak tertentu boleh memanipulasi sesuatu
berita untuk kepentingan mereka melalui penguasaan teknologi tersebut.

Demokrasi juga mempengaruhi proses pengembangan teknologi. Pengembangan teknologi di
suatu negara, baik di negara pemerintah sangat kuat mahupun di negara liberal seperti di
Amerika Syarikat, tidak pernah lepas dari memiliki kekuasaan untuk membuat suatu polisi
teknologi (technology policy). Point of interest di sini adalah pengembangan teknologi merupakan hasil dari suatu proses politik juga. Hal ini dapat dilihat atau dibuktikan apabila bom
hidrogen yang dicipta digunakan dalam tragedi Hiroshima dan Nagasaki lebih setengah abad
lebih yang lalu adalah merupakan salah satu contoh pengembangan teknologi yang didasari atas
motif politik (political impetus).

Menyentuh mengenai teknologi komunikasi, medium yang paling baik untuk setiap rakyat
meluahkan perasaan, rasa tidak puas hati, bertukar pendapat, bersosial dan sebagainya ialah
melalui internet. Secara umumnya, internet adalah media pertukaran maklumat yang tidak
berbeza fungsinya daripada telefon, faksimili dan sebagainya. Tetapi, uniknya internet memiliki
empat karakteristik atau ciri-ciri yang membuatnya menjadi superior jika hendak dibandingkan
dengan media komunikasi yang lain. Ciri yang pertama ialah penggunaannya yang murah. Ciri
kedua adalah sifatnya yang real time. Ketiga adalah sifatnya yang borderless dimana tiada
sekatan ruang dalam media yang memungkinkan setiap orang saling berhubung dengan baik.
Keempat, dan yang paling penting ialah internet menyediakan ruang-ruang publik yang tidak
dapat ditembus oleh pihak penguasa.

Perkembangan teknologi sedikit sebanyak bergantung pada kebijaksanaan pemerintah.
Dalam konteks ini, pengembangan teknologi adalah political statement, dalam erti kata bahawa
teknologi merupakan satu medium untuk kepentingan dalam sistem politik. Hal ini jelas terbukti
pada penggunaan teknologi di beberapa negara di mana perkembangan teknologi sangat
bergantung kepada keputusan politik pemerintah untuk mencapai political ends tertentu ke atas
negara lain.

Kesimpulannya, didapati sistem demokrasi banyak dipengaruhi oleh perkembangan
teknologi komunikasi seperti internet yang mana ia memberi kesan kepada sistem politik di
Malaysia. Rakyat yang tidak berpeluang untuk menyuarakan pendapat dapat melahirkan
pendapat mereka tanpa sekatan mana-mana pihak. Selain itu, jika diperhati juga, teknologi
komunikasi juga dipengaruhi oleh sistem demokrasi itu sendiri di mana pergolakan politik di
sesebuah negara dengan sesebuah negara lain telah mencetus satu medium baru bagi negara
yang kuat untuk menakluk pemerintahan negara lain.Oleh itu, segala sistem politik negara
bergantung kepada kebijaksanaan pemerintah untuk mengawal sistem pentadbiran negara bagi
faedah rakyat dan negara. Perlaksaaan sistem demokrasi dan penggunaan teknologi komunikasi
banyak memberi kebaikan kepada rakyat, tetapi pada masa yang sama ia juga memberi kesan
sampingan yang boleh memburukkan keadaan dan menghuru-harakan sistem pentadbiran
negara.


Sumber:
1) bayusumilir.wordpress.com

Friday, February 20, 2009

“Demokrasi Elektronik”

Adakah demokrasi penting untuk masyarakat ?

Demokrasi elektronik adalah medium untuk masyarakat menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan secara elektronik iaitu melalui ‘e-government’. Hal ini boleh dilihat dalam e-government mengenai kecanggihan teknologi yang disediakan di setiap jabatan dan rangkaian sehingga boleh didapati di setiap rumah untuk kemudahan orang awam yang disertakan dengan peralatan seperti ‘electronic purse’ dan kad pintar.

Walaupun keadaan ini memperlihatkan bentuk komunikasi dua hala di antara kerajaan dan orang awam tetapi gambaran yang dijangkaui oleh orang awam adalah berbentuk pasif. Hal ini kerana ada di antara orang awam yang tidak mempunyai kefahaman tentang kegunaan ‘e-government’.

Memandangkan penglibatan masyarakat dalam teknologi semakin meluas, dengan wujudnya ‘e-government’ boleh memberi peluang kepada kita dan menjadikannya lebih bermakna serta ‘e-government’ dapat di gunakan untuk menggalakkan demokrasi elektronik seperti yang ada di negara kita.

Apabila majoriti rakyat mempunyai kemudahan komputer serta dengan pencapaian teknologi internet, membolehkan kita mengetahui tentang kesemua permasalahan yang berlaku dalam sistem demokrasi di negara kita. Jadi, ini membolehkan penglibatan rakyat dalam sistem politik kita dan mengekalkan kedaulatan kerajaan.

“Adakah e-government tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa penglibatan daripada rakyatnya secara majoriti”.

Namun, penyertaan rakyat yang tidak menyeluruh kerana terdapat golongan miskin yang tidak mampu memiliki komputer dan tidak dapat menikmati sepenuhnya kemudahan internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan kemudahan ‘e-government’ untuk tujuan tersebut di samping tiada pengetahuan yang berkaitan dengan ‘e-government’.

Antara persoalan lain yang timbul , sejauhmanakah pemimpin kita bersedia menerima kritikan daripada rakyat melalui ‘e-government’?

Ada juga segelintir pemimpin yang sedia menerima kritikan dan ada juga yang enggan menerima kritikan. Ini kerana setiap pemimpin mempunyai pendirian terhadap sesuatu isu.

Apa yang dapat disimpulkan disini, dalam demokrasi elektonik terdapat peranan rakyat dengan ‘e-government’ terutamanya apabila berhadapan dengan cabaran dunia yang semakin hebat bagi memastikan perkembangan teknologi selari dengan peredaran dunia.

Sumber:

1. www.sabah.org.my

Thursday, February 12, 2009

POLITIK DAN INTERNET

Dalam era kemajuan teknologi pada masa kini internet dilihat sebagai medium utama memperjuangkan kepentingan politik masing-masing. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab apila membincangkan perkaitan teknologi komunikasi dan politik. Persolan tersebut berkisar kepada sejauh mana kewujudan teknologi komunikasi iaitu internet digunakan sebagai medium untuk membincangkan hal ehwal politik menerusi internet? Apakah kebaikan dan keburukanya kepada politik negara.
Penggunaan internet pada masa kini dilihat semakin luas skopnya seiring dengan era globalisasi yang semakin meluas. Internet memainkan peranan yang penting untuk menyuarakan ideology masing-masing samada dipihak kerajaan yang memerintah mahupun kepada parti alternative yang ada sekarang. Internet adalah antara medium yang sangt diperlukan terutamanya menjelang kempen pilihanraya. Selain itu internet juga menjadi alat yang sangat diperlukan kepada pengkritik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempengaruhi pandangan umum. Hal ini membuatkan masyarakat atau rakyat khususnya menerima mediun digital sebagai media alternative bagi saluran meluahkan pandangan, sokongan, mahupun ketidakpuasan hati.
Walaupun masyarakat dikatakan bebas menyuarakan pandangan dan pendirian mereka sendiri tanpa sebarang sekatan dengan menggunakan media alternative ini, pandangan yang disuarakan tetap tidak boleh mengkritik kerajaan yang memerintah walaupun kenyataan yang disuarakan itu adalah benar, jika tidak individu tersebut dikatakan telah menganggu keamanan negara dan akan ditahan diwah akta ISA, seperti yang berlaku dalam kes Raja Petra, oleh itu dimanakah yang dikatakan masyarakat itu bebas menyuarakan pendapatnya tanpa sebarang sekatan? Melainkan dengan mengatakan masyarakat sebebnarnya belum lagi menikmati kebebasan bersuara melalui medium-medium yang ada sepenuhnya.
Dalam pada kita menitikberatkan penggunaan teknologi dalam politik , kita juga harus menyedari bahawa kehadiran teknologi komunikasi dalam arena politik ini tidak semestinya membawa kebaikan semata-mata. Juga terdapat keburukan dan ketidakadilan yang diperolehi. Contoh yang dapat kita lihat sekarang adalah dalam kes pergolakan politik yang berlaku di Perak sekarang, sebagai masyarakat yang berpengetauhan kita dapat menilai bahawa disebabkan pihak media, dan orang ramai yang mengembar-gemburkan masalah melalui saluran-saluran alternative yang ada, isu ini menjadai semakin besar yang membawa kepada pelbagai masalah yang timbul, termasuk perbalahan kaum, kedaulatan sultan direndahkan, perbalahan sesama kaum, dan sebagainya lagi yang akhirnya akan meruntuhkan negara Malaysia sendiri.
Ekoran daripada unsur kebaikan dan keburukan, munculnya kesan yang terdapat dalam penggunaan teknologi terhadap politik. Antaranya ialah dapat membantu parti-parti politik dalam menstabilakan pentadbiran negara. Namun begitu, penggunaan teknologi komunikasi pada masa kini juga boleh menyebabkan kekecohan berlaku berikuatan maklumat yang belum pasti kebenaranya.
Kesimpulannya, teknologi komunikasi terutamanya internet sememangnya memberikan peluang yang meluas kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam perbincangan dan perdebatan tentang hal ehwal politik. Ini boleh dianadaikan bahawa internet boleh berfungsi sebagai sfera awam yang memberi peluang kepada rakyat untuk mengeluarkan pendapat tentang politik. Namun begitu, perbincangan politik menerusi internet ini boleh memberri kesan negative kepada masyarakat dan negara jika tidak digunakan dengan sebaiknya oleh masyarakat.
Sumber:
www.averroes.or.id/opinion/demokrasi-politik-dan-demokrasi-ekonomi.html

Friday, February 6, 2009

MEDIA MASSA DAN MEDIA BARU DALAM KONTEKS DEMOKRASI

Pada zaman ini, telah muncul media baru bagi menggantikan media massa yang mana dua medium komunikasi ini mempunyai perbezaan yang ketara dalam konteks menggalakkan proses demokrasi. Persoalannya, adakah peranan dua medium komunikasi ini berfungsi sebagai medium terbaik untuk poses demokrasi di kalangan rakyatnya?
Melihat kepada fungsi media massa, ia sepatutnya beroperasi sebagai medium untuk masyarakat sebaliknya media massa dikatakan gagal menjalankan peranannnya dalam proses demokrasi sebagai medium untuk memaparkan berita yang telus dan signifikan, konkrit dan berkualiti. Hal ini dapat dilihat apabila berita yang dihasilkan lebih cenderung kepada berita yang remeh temeh. Media massa dikatakan tidak mementingkan tanggungjawab sosial sebaliknya lebih mengutamakan komersialisasi dimana berita yang dihasilkan lebih mengutamakan berita yang sensasi dan hiburan semata-mata.

Disebabkan keinginan keuntungan yang berlipat ganda, berita seperti ini dihasilkan dan menokok tambah cerita serta membelakangkan adab dan serta tatasusila masyarakt bagi menarik minat masyarakat, Media sepatutnya membangunkan minda masyarakat bukan menghancurkan lagi masyarakat. Hal ini dapat dilihat di Malaysia dimana media arus perdana dikuasai oleh pihak kerajaan. Ia dapat dibuktikan apabila terdapat penguasaan kerajaan ke atas pemilikan media seperti kewujudan Akta Rahsia 1972, Akta Penerbitan dan Media Cetak, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang digubal oleh kerajaan untuk menyekat pegerakan atau kebebasan media massa di Malaysia.

Sekatan pemilikan ini telah menyebabkan media tidak lagi dilihat berperanan secara bebas dan adil. Tanpa mempedulikan kesahihan fakta , berita kerajaan sentiasa dipaparkan secara positif. Sebaliknya, apa saja yang dilakukan oleh pembangkang sekalipun betul dianggap salah. Situasi ini jelas menunjukkan konsep berita yang dihasilkan bertentangan dengan iklim demokrasi dan menafikan hak masyarakat untuk disajikan dengan berita yang tepat.

Dalam kepincangan ini, muncul medium baru sebagai medium terbaik dan paling sesuai untuk memupuk dan memperluaskan proses demokrasi. Media baru atau internet yang muncul ini telah memberikan pengguna peluang untuk memberikan atau berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku. Pengguna juga boleh meluahkan ketidakpusan hati atau mengkritik sesuatu perkara yang mereka tidak persetujui. Terdapat pelbagai medium dalam internet yang membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan internet secara maksimum dan tanpa had dalam proses demokrasi. Contohnya, kita boleh mencipta weblog peribadi, terlibat dala forum, email, video conferencing dan sebagainya. Melalui medium tersebut, ia membuka jalan kepada masyarakat untuk terlibat dalam perbincangan politik secara aktif.
Media baru ini sangat penting dalam proses demokrasi di mana ia berfungsi kepada masyarakat untuk mengakses pelbagai informasi dan data tanpa sekatan dari sesiapa pun. Melalui internet, masyarakart dapat mengetahui pelbagai maklumat tidak seperti media tradisional yang terhad kepada maklumat-maklumat tertentu. Menerusi internet juga, ia dapat memupuk proses demokrasi kerana elemen kepantasan yang dimiliki. Seperti yang kita ketahui, internet merupakan jaringan komunikasi maya yang menyalurkan pelbagai maklumat dengan pantas. Selain itu, internet bebas daripada penguasaan sesiapa dan hal ini membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu isu yang berlaku. Dalam konteks politik, pemaparan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan tiada ‘bias’ kepada mana-mana parti politik.
Perbezaan yang dibincangkan ini menunjukkan hahawa media baru adalah medium terbaik untuk proses demokrasi berbanding media massa. Namun begitu, media massa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya disebabkan kewujudan undang-undang yang menjadi faktor utama kegagalan dalam proses demokrasi. Dalam pada masa yang sama, kebebasan menggunakan internet juga boleh mmenjadi ancaman kerana ia terdedah kepada penyalahgunaan untuk kepentingan peribadi dan pihak-pihak tertentu. Oleh itu, terpulang kepada masyarakat untuk memanfaatkan medium tersebut untuk tujuan yang betul.

Sumber:
1. www, wikipedia.org/wiki/Demokrasi_sosial
2. http:komunikasi_dalam _masyarakat_okt
3. bima.ipb.id//kom_pembangunan.htm