CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 6, 2009

MEDIA MASSA DAN MEDIA BARU DALAM KONTEKS DEMOKRASI

Pada zaman ini, telah muncul media baru bagi menggantikan media massa yang mana dua medium komunikasi ini mempunyai perbezaan yang ketara dalam konteks menggalakkan proses demokrasi. Persoalannya, adakah peranan dua medium komunikasi ini berfungsi sebagai medium terbaik untuk poses demokrasi di kalangan rakyatnya?
Melihat kepada fungsi media massa, ia sepatutnya beroperasi sebagai medium untuk masyarakat sebaliknya media massa dikatakan gagal menjalankan peranannnya dalam proses demokrasi sebagai medium untuk memaparkan berita yang telus dan signifikan, konkrit dan berkualiti. Hal ini dapat dilihat apabila berita yang dihasilkan lebih cenderung kepada berita yang remeh temeh. Media massa dikatakan tidak mementingkan tanggungjawab sosial sebaliknya lebih mengutamakan komersialisasi dimana berita yang dihasilkan lebih mengutamakan berita yang sensasi dan hiburan semata-mata.

Disebabkan keinginan keuntungan yang berlipat ganda, berita seperti ini dihasilkan dan menokok tambah cerita serta membelakangkan adab dan serta tatasusila masyarakt bagi menarik minat masyarakat, Media sepatutnya membangunkan minda masyarakat bukan menghancurkan lagi masyarakat. Hal ini dapat dilihat di Malaysia dimana media arus perdana dikuasai oleh pihak kerajaan. Ia dapat dibuktikan apabila terdapat penguasaan kerajaan ke atas pemilikan media seperti kewujudan Akta Rahsia 1972, Akta Penerbitan dan Media Cetak, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang digubal oleh kerajaan untuk menyekat pegerakan atau kebebasan media massa di Malaysia.

Sekatan pemilikan ini telah menyebabkan media tidak lagi dilihat berperanan secara bebas dan adil. Tanpa mempedulikan kesahihan fakta , berita kerajaan sentiasa dipaparkan secara positif. Sebaliknya, apa saja yang dilakukan oleh pembangkang sekalipun betul dianggap salah. Situasi ini jelas menunjukkan konsep berita yang dihasilkan bertentangan dengan iklim demokrasi dan menafikan hak masyarakat untuk disajikan dengan berita yang tepat.

Dalam kepincangan ini, muncul medium baru sebagai medium terbaik dan paling sesuai untuk memupuk dan memperluaskan proses demokrasi. Media baru atau internet yang muncul ini telah memberikan pengguna peluang untuk memberikan atau berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku. Pengguna juga boleh meluahkan ketidakpusan hati atau mengkritik sesuatu perkara yang mereka tidak persetujui. Terdapat pelbagai medium dalam internet yang membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan internet secara maksimum dan tanpa had dalam proses demokrasi. Contohnya, kita boleh mencipta weblog peribadi, terlibat dala forum, email, video conferencing dan sebagainya. Melalui medium tersebut, ia membuka jalan kepada masyarakat untuk terlibat dalam perbincangan politik secara aktif.
Media baru ini sangat penting dalam proses demokrasi di mana ia berfungsi kepada masyarakat untuk mengakses pelbagai informasi dan data tanpa sekatan dari sesiapa pun. Melalui internet, masyarakart dapat mengetahui pelbagai maklumat tidak seperti media tradisional yang terhad kepada maklumat-maklumat tertentu. Menerusi internet juga, ia dapat memupuk proses demokrasi kerana elemen kepantasan yang dimiliki. Seperti yang kita ketahui, internet merupakan jaringan komunikasi maya yang menyalurkan pelbagai maklumat dengan pantas. Selain itu, internet bebas daripada penguasaan sesiapa dan hal ini membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu isu yang berlaku. Dalam konteks politik, pemaparan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan tiada ‘bias’ kepada mana-mana parti politik.
Perbezaan yang dibincangkan ini menunjukkan hahawa media baru adalah medium terbaik untuk proses demokrasi berbanding media massa. Namun begitu, media massa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya disebabkan kewujudan undang-undang yang menjadi faktor utama kegagalan dalam proses demokrasi. Dalam pada masa yang sama, kebebasan menggunakan internet juga boleh mmenjadi ancaman kerana ia terdedah kepada penyalahgunaan untuk kepentingan peribadi dan pihak-pihak tertentu. Oleh itu, terpulang kepada masyarakat untuk memanfaatkan medium tersebut untuk tujuan yang betul.

Sumber:
1. www, wikipedia.org/wiki/Demokrasi_sosial
2. http:komunikasi_dalam _masyarakat_okt
3. bima.ipb.id//kom_pembangunan.htm

0 comments: