CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 12, 2009

POLITIK DAN INTERNET

Dalam era kemajuan teknologi pada masa kini internet dilihat sebagai medium utama memperjuangkan kepentingan politik masing-masing. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab apila membincangkan perkaitan teknologi komunikasi dan politik. Persolan tersebut berkisar kepada sejauh mana kewujudan teknologi komunikasi iaitu internet digunakan sebagai medium untuk membincangkan hal ehwal politik menerusi internet? Apakah kebaikan dan keburukanya kepada politik negara.
Penggunaan internet pada masa kini dilihat semakin luas skopnya seiring dengan era globalisasi yang semakin meluas. Internet memainkan peranan yang penting untuk menyuarakan ideology masing-masing samada dipihak kerajaan yang memerintah mahupun kepada parti alternative yang ada sekarang. Internet adalah antara medium yang sangt diperlukan terutamanya menjelang kempen pilihanraya. Selain itu internet juga menjadi alat yang sangat diperlukan kepada pengkritik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempengaruhi pandangan umum. Hal ini membuatkan masyarakat atau rakyat khususnya menerima mediun digital sebagai media alternative bagi saluran meluahkan pandangan, sokongan, mahupun ketidakpuasan hati.
Walaupun masyarakat dikatakan bebas menyuarakan pandangan dan pendirian mereka sendiri tanpa sebarang sekatan dengan menggunakan media alternative ini, pandangan yang disuarakan tetap tidak boleh mengkritik kerajaan yang memerintah walaupun kenyataan yang disuarakan itu adalah benar, jika tidak individu tersebut dikatakan telah menganggu keamanan negara dan akan ditahan diwah akta ISA, seperti yang berlaku dalam kes Raja Petra, oleh itu dimanakah yang dikatakan masyarakat itu bebas menyuarakan pendapatnya tanpa sebarang sekatan? Melainkan dengan mengatakan masyarakat sebebnarnya belum lagi menikmati kebebasan bersuara melalui medium-medium yang ada sepenuhnya.
Dalam pada kita menitikberatkan penggunaan teknologi dalam politik , kita juga harus menyedari bahawa kehadiran teknologi komunikasi dalam arena politik ini tidak semestinya membawa kebaikan semata-mata. Juga terdapat keburukan dan ketidakadilan yang diperolehi. Contoh yang dapat kita lihat sekarang adalah dalam kes pergolakan politik yang berlaku di Perak sekarang, sebagai masyarakat yang berpengetauhan kita dapat menilai bahawa disebabkan pihak media, dan orang ramai yang mengembar-gemburkan masalah melalui saluran-saluran alternative yang ada, isu ini menjadai semakin besar yang membawa kepada pelbagai masalah yang timbul, termasuk perbalahan kaum, kedaulatan sultan direndahkan, perbalahan sesama kaum, dan sebagainya lagi yang akhirnya akan meruntuhkan negara Malaysia sendiri.
Ekoran daripada unsur kebaikan dan keburukan, munculnya kesan yang terdapat dalam penggunaan teknologi terhadap politik. Antaranya ialah dapat membantu parti-parti politik dalam menstabilakan pentadbiran negara. Namun begitu, penggunaan teknologi komunikasi pada masa kini juga boleh menyebabkan kekecohan berlaku berikuatan maklumat yang belum pasti kebenaranya.
Kesimpulannya, teknologi komunikasi terutamanya internet sememangnya memberikan peluang yang meluas kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam perbincangan dan perdebatan tentang hal ehwal politik. Ini boleh dianadaikan bahawa internet boleh berfungsi sebagai sfera awam yang memberi peluang kepada rakyat untuk mengeluarkan pendapat tentang politik. Namun begitu, perbincangan politik menerusi internet ini boleh memberri kesan negative kepada masyarakat dan negara jika tidak digunakan dengan sebaiknya oleh masyarakat.
Sumber:
www.averroes.or.id/opinion/demokrasi-politik-dan-demokrasi-ekonomi.html

0 comments: